Al-Hidayah
The Power of Smile Dahsyatnya Senyuman
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis The Power of Smile Dahsyatnya Senyuman
Usah dilayani kesedihan itu, jadikan ia sekuntum senyuman yang penuh kemanisan dan keikhlasan. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanya sebuah perhentian yang mencabar dan penuh dugaan. Usah hanyut dengan kenikmatan sementara dan keseronokan yang membawa derita kerana kehidupan yang abadilah tujuan kita.Kesedihan di dunia ini hanya bisikan perlahan yang akan hilang bersama hembusan angin. Usah dibuka lembaran kesedihan itu kerana ia tidak akan mengubah bunga yang sudah layu mekar semula. Usah bersedih apabila keseorangan kerana Allah itu sentiasa dekat bersama kita. Kepada-Nyalah kita meluahkan kesedihan, kegelisahan dan kerisauan. Dan kepada-Nya jugalah kita memohon ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan.Lihatiah betapa ramai orang yang mencari kebahagiaan dan mengorbankan semua yang merika miliki untuk mendapatkan kebahagiaan, hakikatnya mereka tidak mengetahui yang bahawa kebahagiaan itu sangat hampir kepada mereka. Malah lebih dekat kepada mereka berbanding setiap hembusan nafas mereka apabila mereka sentiasa mengingati Allah.Sesungguhnya Allah menyayangi kita melebihi kasih sayang, seorang ibu terhadap anaknya. Bagaimana mungkin untuk kita melayani kesedihan sedangkan kita adalah adalah hamba Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Rahmat dan belas kasih-Nya begitu luas dan meliputi segala sesuatu. Seyumlah, kerana senyumanmu itu mampu meruntuhkan tembok kesedihan dan menghancurkan benteng kesusahan.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Mengubah kesedihan menjadi senyuman, keikhlasan dan kekuatan diri.
- Mendekatkan diri kepada Allah melalui zikir, doa dan kebergantungan kepadaNya.
- Memahami bahawa kehidupan dunia bersifat sementara dan akhirat ialah tujuan utama.
- Membina ketenangan, kebahagiaan dan harapan ketika menghadapi dugaan.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang sedang berdepan kesedihan, tekanan atau kekecewaan.
- Pembaca yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.
- Mereka yang mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hakiki.
- Remaja dan dewasa yang memerlukan motivasi Islamik.
Maklumat Buku
- Penulis: Syeikh Mahmud Al-Misri
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681853
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg