Al-Hidayah
Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa
Bulan Ramadan adalah bulan yang amat istimewa sekali untuk seluruh umat Islam. Ia juga dikenali sebagai bulan yang penuh keberkatan, keinsafan dan keampunan. Di dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu malam yang itu juga telah disebutkan sebagai Lailatul Qadar. Malah keistimewaan malam itu juga telah disebutkan di dalam Al-Quran.
Bulan Ramadan juga telah menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah besar yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam terdahulu, yang memberikan impak besar kepada sejarah ketamadunan dan wajah dunia. Malah tidak mustahil juga peristiwa besar akan berlaku kepada setiap individu itu sendiri. Ini adalah kerana bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan kemuliaannya. Inilah madrasah atau institusi yang mampu membangunkan insan yang patuh dan tunduk kepada perintah dan larangan Allah S.W.T. Ia juga merupakan tempoh masa yang amat sesuai dan tenang bagi setiap manusia untuk bertaubat dan mengukuhkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Buku ini begitu istimewa sekali untuk dibaca lebih-lebih lagi untuk kita memuhasabah diri dan seterusnya memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik daripada hari ini. Semoga setiap ibadah dan usaha gigih kita untuk meraih keredhaan Allah akan sentiasa kita lakukan dengan penuh istiqamah dan keikhlasan kepada-Nya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Keistimewaan dan keberkatan bulan Ramadan
- Taubat, keinsafan dan keampunan Allah
- Pembentukan takwa melalui ibadah Ramadan
- Lailatul Qadar dan kemuliaannya
Buku Ini Sesuai Untuk
- Umat Islam yang ingin mendalami keistimewaan bulan Ramadan
- Pembaca yang ingin memperbaiki diri melalui taubat dan muhasabah
- Individu yang mahu meningkatkan ketakwaan dan keikhlasan beribadah
- Mereka yang mencari panduan kerohanian sepanjang Ramadan
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390150
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg