PTS
Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali
- Regular price
- RM 16.50
- Sale price
- RM 16.50
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali
1) “Anak yatim itu bukan anak yang sudah ditinggalkan oleh orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina. Anak yatim itu adalah anak yang tidak dapat dekat dengan ibunya, yang selalu menghindar daripadanya ataupun ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu untuk anaknya.”
2) Ibu bapa mithali mampu membentuk acuan terbaik untuk anak-anak ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga, suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu menggembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.
Surah an-Nisaak, ayat 34
Ibu bapa mithali adalah penggerak kepada kemajuan anak-anak. Mereka bukan sahaja dapat mencemerlangkan diri, tetapi mencemerlangkan anak-anak. Setiap ibu bapa perlu merebut peluang menjadi ibu bapa mithali yang membawa anak-anak kepada kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Ciri-Ciri Ibu Bapa Mithali:
* Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai amalan hidup
* Bertanggungjawab dan memikul amanah Allah dengan baik
* Berusaha menunaikan kewajipan dan tanggugjawab dengan baik
* Menghasilkan generasi yang berilmu, berketerampilan dan berwawasan
* Mendidik anak-anak ke arah kejayaan di dunia dan akhirat
* Menjadi contoh dan tauladan kepada para ibu bapa yang lain
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga
- Pendidikan anakanak berlandaskan alQuran dan hadis
- Pembentukan akhlak, ilmu dan peribadi anak
- Kepimpinan serta teladan ibu bapa dalam rumah tangga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Ibu bapa yang ingin mendidik anak berlandaskan Islam
- Bakal ibu bapa yang sedang membuat persediaan keibubapaan
- Pasangan suami isteri yang mahu memperkukuh peranan dalam keluarga
- Guru, pendidik dan pengasuh kanakkanak
Maklumat Buku
- Penulis: Saat Sulaiman
- Penerbit: PTS
- ISBN: 9789670142500
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg