Al-Hidayah
Super Mustajab Doa & Amalan Agar Mudah Melahirkan Anak
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Super Mustajab Doa & Amalan Agar Mudah Melahirkan Anak
Menunggu kelahiran anak yang tercinta adalah suatu saat yang paling mendebarkan dan penuh dengan campuran pelbagai perasaan. Bukan sahaja kepada si ibu dan bapanya, malah seluruh ahli keluarga ternanti kehadiran insan comel yang akan menghiasi keluarga mereka.
Anak merupakan anugerah Allah yang juga merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kedua ibu dan bapanya. Bayangkanlah di masa mula-mula mendengar khabar bahawa si ibunya telah berbadan dua. Pelbagai persediaan di lakukan seperti membeli pakaian yang sesuai untuk anak, suasana rumah berubah dan banyak lagi.
Itu semua adalah persediaan dan perubahan fizikal. Dari sudut persediaan mental dan dalaman juga sangat penting untuk mengharungi dan menghadapi saat penting ini. Maka buku ini merupakan rujukan dan bacaan tepat untuk itu. Terkandung di dalamnya doa dan amalan berguna untuk para calon ibu dan ibu-ibu ketika mengandung. Sambil menanti ‘cahaya penyejuk mata’ yang akan hadir di dalam keluarga adalah amat sesuai dan elok diamalkan doa dan amalan yang terdapat di dalam buku ini.
Semoga anda dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah yang akan menjadi ‘Penyejuk Mata dan Pengubat Jiwa.” Juga diberikan ganjaran untuk setiap doa dan bacaan ayat Al-Qur’an yang dibaca dan diamalkan ketika hamil. Amin.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Doa dan amalan untuk ibu ketika mengandung
- Bacaan ayat alQuran, zikir dan doa menjelang kelahiran
- Persediaan mental dan rohani menghadapi proses bersalin
- Amalan memohon kelahiran yang mudah dan selamat
Buku Ini Sesuai Untuk
- Ibu mengandung yang ingin mengamalkan doa dan zikir
- Bakal ibu yang sedang membuat persediaan menghadapi kelahiran
- Pasangan suami isteri yang mengharapkan cahaya mata
- Ahli keluarga yang ingin mendoakan ibu dan bayi
Maklumat Buku
- Penulis: Ustaz A. Rusman
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670267838
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg