• 9606
1

Fajar Pakeer

Mi Esposa Oleh Hudanajwa

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mi Esposa Oleh Hudanajwa

“To be loved by me is a privilege." - TENGKU ADREAN RUIZ

Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka yang paling dalam bagi seseorang.

Arisa Rania dibenci oleh bapa kandungnya kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria dan dia terpaksa bersaudara tirikan dengan Suraya.

Di saat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar daripada dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu.

“When I first saw you, you took my breath away, and you still do…” - ARISA RANIA

Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya, sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman hampir tidak pernah terukir pada wajahnya. Namun di sebalik sikapnya yang sukar didekati, tersembunyi seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang dicintainya.

“I can be the best architect, I can be the richest CEO, I can be a smart accountant, I can be a ruthless killer, and I can be the most romantic husband, esposa.” - TENGKU ADREAN

Rania yang selama ini dihina, diseksa dan dipandang rendah akhirnya merasai bagaimana rasanya disayangi dan dihargai. Namun, pelangi yang muncul tidak kekal selamanya. Ujian demi ujian hadir menguji hubungan mereka, ditambah pula dengan rahsia yang disimpan oleh Tengku Adrean.

Mampukah Rania mengecap kebahagiaan yang selama ini diimpikan?

Atau dia perlu melangkah pergi demi mengelakkan lebih banyak hati yang terluka?

“Did you forget what I tell you? The Ruiz never bow to anyone.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara gadis yang terluka dengan lelaki dingin dan sukar didekati
  • Pengkhianatan keluarga, penderaan emosi dan konflik keluarga tiri
  • Penyembuhan trauma melalui kasih sayang dan penghargaan
  • Perkahwinan serta komitmen dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu dengan watak lelaki dingin
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah perkahwinan dan hubungan penuh konflik
  • Pembaca yang menyukai tema penyembuhan daripada trauma keluarga
  • Peminat watak lelaki berstatus tinggi, dominan dan sangat melindungi

Maklumat Buku

  • Penulis: Hudanajwa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222068
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan