Al-Hidayah
Akham Wakaf
- Regular price
- RM 5.00
- Sale price
- RM 5.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Akham Wakaf
Islam itu sempurna. Sebagaimana Allah SWT melengkapkan keperluan manusia dengan mencipta langit, bumi, tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk kegunaan manusia, Dia juga turut menyertakan manual dan tatacara kehidupan, daripada sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitulah Tuhan kita yang Maha Mengetahui.
Begitu juga dalam bab harta, kita sudah diberikan panduan cara menguruskan harta kita dengan sebaik mungkin. Hukum-hukum seperti wakaf, hibah, sedekah dan luqatah adalah antara hukum-hukum berkaitan harta yang penting untuk diketahui oleh masyarakat umum. Kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam bab ini menjanjikan kitaran harta ekonomi umat Islam yang mantap dan terkehadapan. Jika semua sistemsistem harta ini dilaksanakan dengan baik serta diberikan kepada yang berhak, tidak mustahil tiada lagi orang miskin dan daif.
Maka, buku kecil ini lahir bertujuan untuk memberikan kefahaman yang sangat diperlukan oleh masyarakat umum dalam menguruskan harta.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konsep, hukum dan kepentingan wakaf dalam Islam
- Rukun, syarat dan tatacara pelaksanaan wakaf
- Pengurusan harta wakaf untuk manfaat umat
- Hukum hibah dan sedekah dalam pengurusan harta
Buku Ini Sesuai Untuk
- Masyarakat umum yang ingin memahami hukum wakaf
- Individu yang ingin mengurus dan mewakafkan harta
- Pelajar bidang Pengajian Islam dan Syariah
- Pengurus masjid, institusi kebajikan dan organisasi Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Saifullah Bin Mohd. Nasri
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682140
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg