Booku Enterprise
His Hidden Bride (Buku 2) Oleh Acik Lana
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis His Hidden Bride (Buku 2) Oleh Acik Lana
Ini bukan tentang kesinambungan kisah cinta antara Kejora dan Aizel Hadrian semata. Tapi juga tentang bagaimana kuasa media sosial mampu 'memerintah' dunia dengan dua akibat. Sama ada melahirkan atau menjatuhkan manusia.
Melalui episod perkahwinan yang penuh indah, Kejora dan Aizel Hadrian teguh meniti hari-hari bersama. Apatah lagi apabila Kejora disahkan mengandung anak pertama. Dalam penantian yang penuh syukur dan kegembiraan, muncul pula dugaan yang langsung tidak disangka.
Bukan satu, bukan dua, malah bertalu-talu ujian hadir di antara mereka. Kejora semakin lelah menanggung segala tekanan, namun cinta yang kukuh membuatkan mereka terus bertahan dan mengharungi setiap cabaran bersama.
"You were crying for him! And I was looking for you like a madman. Do you even know that?" – Aizel Hadrian.
Kejora buntu. Dia tidak memahami mengapa Aizel Hadrian begitu cemburu terhadap seseorang yang langsung tidak pernah mencuri hatinya. Namun salah faham yang semakin rumit ditambah pula dengan kemunculan dendam-dendam lama menjadikan hubungan mereka semakin rapuh.
Mereka berdua berhempas pulas mempertahankan rumah tangga yang hampir musnah. Dalam keadaan itu, Aizel sanggup mengorbankan dirinya demi memastikan isteri dan anaknya terus selamat.
"I tak boleh biarkan musuh-musuh I tahu siapa orang yang penting dalam hidup I. I love you, Kejora. I would burn everything down just to keep both of you safe!" – Aizel Hadrian.
Namun Kejora tetap enggan melepaskan lelaki yang dicintainya. Mampukah mereka menemui jalan keluar daripada segala salah faham, ancaman dan dendam yang menghantui? Atau benarkah cinta agung mereka akhirnya terpaksa dikorbankan?
"I takkan mampu terima kehilangan you. I can't... I just can't."
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta dan kehidupan rumah tangga selepas perkahwinan
- Kehamilan, keluarga dan tanggungjawab sebagai pasangan
- Salah faham, cemburu dan komunikasi dalam hubungan
- Kuasa media sosial terhadap reputasi serta kehidupan manusia
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
- Pembaca yang suka konflik cemburu, salah faham dan drama rumah tangga
- Pembaca yang tertarik dengan kisah kehamilan serta pembinaan keluarga
Maklumat Buku
- Penulis: Acik Lana
- Penerbit: Booku Enterprise
- ISBN: 9789671482490
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg