• 9058
1

Al-Hidayah

Sehari Seribu Sunnah

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sehari Seribu Sunnah

Sehari Seribu Sunnah ialah buku karya Khalid Al-Husainan yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Sehari Seribu Sunnah

Fikirkan semula apa yang kita lakukan setiap hari bermula dari bangun tidur sehingga kita tidur semuld.Tanpa kita sedar kita telah melakukan banyak sunnah-sunnah Nabi S.A.W. Kita banyak menggambarkan bahawa sunnah-sunnah Nabi S.A.W. itu hanyalah berkaitan dengan ibadah sahaja. Paling tidak pasti akan terlintas di fikiran apabila disebutkan sunnah Nabi S.A.W. adalah poligami dan dari segi penampilan pula adalah janggut, jubah dan serban.

Sebenarnya banyak sunnah-sunnah Nabi S.A.W. yang berkaitan dengan keperluan kita setiap hari. Namun kita tidak sedar tentang itu. Amat moleklah sekiranya mencantikkan lagi kebiasaan harian dengan niat dan cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Manfaatnya begitu besar, selain daripada kita dapat menunaikan kehendak harian, kita juga meraih ganjaran mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W.

Buku kecil ini memberikan kita gambaran yang cukup sederhana dan padat tentang apakah sunnah-sunnah Nabi S.A.W. yang sedang dan telah kita lakukan setiap hari. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredaan Allah S.W.T. dan meyatakan kecintaan serta kerinduan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Khalid Al-Husainan
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682102
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 4 x 6

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.