Al-Hidayah
Rahsia Keutamaan Kalimah Suci Mentauhid Allah
- Regular price
- RM 8.00
- Sale price
- RM 8.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rahsia Keutamaan Kalimah Suci Mentauhid Allah
Rahsia Keutamaan Kalimah Suci Mentauhid Allah ialah buku karya Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.) yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Rahsia Keutamaan Kalimah Suci Mentauhid Allah
Kita manusia ialah hamba Allah. Tiadalah siapa yang mengenal dan tahu mengenai diri kita sebelum kita dilahirkan; sebab dahulunya diri kita belum ada, belum berwujud.
Hanya dengan kemurahan Allah SWT, Dia menciptakan seluruh alam. Dia menghendaki, mengada dan mewujudkan kita, manusia sebagai hambaNya. Dialah Tuhan yang membuat sesuatu perancangan sebelum lagi adanya sesuatu. Kita ada dan hidup ini adalah berpunca daripadaNya; kehidupan kita telah diatur olehNya dan kelak kita akan dikembalikan kepadaNya.
Justeru adalah patut dan wajar sekali kita perlu selalu mengingati atau menzikiri Dia; sedang seutama-utama Zikir ialah mengucapkan Kalimah Tauhid.
Kerana itu di dalam buku ini dipaparkan beberapa tajuk keutamaan zikir dan Tahlil untuk dipilih dan dilaksanakan dalam pergiliran malam dan siang; semoga ia dapat membantu memperolehi keredhaan Allah SW; memiliki pahala yang begitu besar dan dapat mempertahankan diri dari godaan syaitan.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830994031
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 8
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.