• 7105
1

Al-Hidayah

66 Doa Penerang Hati

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

66 Doa Penerang Hati

66 Doa Penerang Hati ialah buku karya Drs. Hj. Hanafi Mohamed Al-Maghribi yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membimbing pembaca dalam aspek penyucian jiwa, akhlak dan pembangunan rohani.

Sinopsis Buku 66 Doa Penerang Hati

Hati yang terang, jernih dan bersih mudah menerima ilmu. Lebih-lebih lagi ilmu fardu ain.Bagi setiap penuntut mereka ini sebenar adalah pejuang. Di mana mereka berjuang untuk memerangi hati-hati gelap dan keruh. Kemudian mengisikan dada-dada mereka dengan ilmu-ilmu yang fardu ain atau kifayah.

Dalam berusaha menuntut ilmu ini amat penting untuk disertakan dengan doa dan permohonan kasih belas daripada Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Berdoa agar diterangkan hati agar mudah menerima ilmu.

Jangan dianggap doa ini suatu yang remeh dan menyusahkan. Kerana di situlah kekuatan umat Islam dalam apa jua usaha dan pekerjaan. Semoga doa¬doa anda diperkenankan Allah dan diterang hati-hati para penuntut agar mudah memahami, menghafal dan mengamalkan ilmu yang mereka tuntut. Semoga ilmu itu mendatangkan keberkatan dan kebaikan kepada empunya diri dan seluruh masyarakat.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan penghayatan rohani.
  • Membantu memperbaiki akhlak.
  • Mendorong muhasabah diri.
  • Membantu pembangunan diri yang lebih baik.

Maklumat Buku

  • Penulis: Drs. Hj. Hanafi Mohamed Al-Maghribi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267814
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Penuntut ilmu.
  • Pembaca yang mencari ketenangan jiwa.
  • Guru.
  • Pembaca umum.