• 8467
1

PTS

Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21

Tafsir Al­Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji AbdulMalik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al­Quran dengan hadith, tafsir Al­Quran dengan pendapat sahabatdan tabi’in, dan tafsir Al­Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau jugamentafsirkan Al­-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiridengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al­Azhar menitikberatkan penjelasan ayat­ayat Al­Quran dengan ungkapan yang teliti,menjelaskan makna­makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, danmenghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya denganpendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang,Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorangulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan PresidenMajelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yangterbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, TasawufModen, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.

Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 21, iaitu Surah Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah, dan Al-Ahzab. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Tafsir Surah ArRum tentang tandatanda kekuasaan Allah, keimanan dan perjalanan kehidupan manusia.
  • Tafsir Surah Luqman mengenai pendidikan anak, hikmah, akidah, ibadah dan akhlak.
  • Tafsir Surah AsSajdah berkaitan penciptaan manusia, kebangkitan, sujud dan keimanan kepada hari akhirat.
  • Tafsir Surah AlAhzab tentang kehidupan bermasyarakat, keluarga, kepimpinan dan tuntutan syariat.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan pengkaji ilmu tafsir alQuran.
  • Guru, pensyarah dan pendidik agama.
  • Pembaca yang ingin memahami kandungan Juzuk 21 secara lebih mendalam.
  • Ibu bapa yang mencari panduan pendidikan anak berasaskan Surah Luqman.

Maklumat Buku

  • Penulis: Hamka
  • Penerbit: PTS
  • ISBN: 9789674811532
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan