Al-Hidayah
Cara Mudah Belajar Bahasa Arab Buku 3
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Cara Mudah Belajar Bahasa Arab Buku 3
Buku Satu dan Dua: untuk Peringkat Permulaan :Ianyam menitikberatkan pengajaran Huruf Abjad Arab, melatih menyebutnya dengan betul, membedakan tempat bunyi huruf-huruf yang berlainan dan menulisnya dengan baik Pada Peringkat Permulaan ini ditekankan tentang dua kemahiran yang asasi iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam perbagai situasi perbualan dengan cara yang mudah dan menarik.
Buku Tiga dan Empat : untuk Peringkat Pertengahan : Ianya menetikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang empat itu dengan seimbang dalam bentuk yang mudah dan sepadu, dan dalam Peringkat Pertengahan ini penekanan diberi kepada bacaan dan latihan tubi yang berterus-terusan dalam kaedah tata bahasa Arab-Nahu dan ikrabnya, perumpamaan Arab, angka dan bilangan dan imlak dengan kaedah-kaedahnya.
Buku Lima dan Enam : untuk Peringkat Tinggi : Ianya menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang berlainan itu secara bersepadu. Pelajaran-pelajarannya merangkumi tajuk-tajuk tamadun Islam dan teks-teks yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW dan dibentangkan secara uslub dan frasa-frasa yang mudah lagi menarik. Para pelajar perlulah menghabiskan buku-buku pada peringkat rendah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.<br />Kandungan pelajaran bagi siri buku-buku ini :
1. Pengenalan huruf-huruf abjad Arab
2. Perbendaharaan kata (vocabulary)
3. Perbualan (conversation)
4. Susunan ayat dan frasa
5. Bacaan dan tulisan
6. Latihan-latihan
7. Kaedah tata bahasa Arab (Nahu)
8. Angka dan bilangan
9. Bidalan dan perumpamaan Arab
10. Hadith dan ayat-ayat al-Quran
Kepada Allah Yang Maha Berkuasa, saga memohon pertolongan, petunjuk dan hidayat
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur dalam bahasa Arab
- Tatabahasa Arab, ilmu nahu dan i‘rab
- Perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa
- Angka, bilangan serta latihan imlak
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar sekolah rendah dan menengah yang mempelajari bahasa Arab
- Pelajar peringkat pertengahan yang ingin mengukuhkan asas bahasa Arab
- Pelajar sekolah agama dan madrasah
- Guru bahasa Arab yang memerlukan bahan latihan pengajaran
Maklumat Buku
- Penulis: -
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682997
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg