• 9051
1

Al-Hidayah

Azab-Azab Dosa Besar Yang Diperlihatkan Di Dunia

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Azab-Azab Dosa Besar Yang Diperlihatkan Di Dunia

Azab sebenarnya akan dialami manusia di akhirat nanti. Akan tetapi, ada juga azab yang disegerakan datangnya semasa di dunia. Sebagai contohnya gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, krisis berpanjangan, kemarau panjang, penularan wabak penyakit yang membawa maut dan berbagai-bagai lagi.

Yang pastinya setiap orang tidak mahu mendapat dan mengalami azab berupa bencana atau seksaan daripada Allah ini. Padahal azab itu tidak lain datang disebabkan oleh olah dan perlakuan manusia sendiri. Azab mampu menimpa seseorang sekali, namun ia juga mampu menimpa seseorang berkali-kali.

Terdapat berbagai penjelasan berkisar azab yang diturunkan kepada manusia dan apakah penyebab azab itu, dijelaskan di dalam buku ini. Selain itu juga dikisahkan cerita-cerita umat terdahulu yang ditimpakan azab oleh Allah. Pasti kita pernah mendengar nama kaum Sodom di zaman Nabi Luth dengan perlakuan homoseksualnya. Kaum Tsamud yang tidak mempercayai Nabi Soleh sebagai utusan Allah. Kaum Madyan di era Nabi Syu’aib yang sering melakukan penipuan atau curang dalam urusan perdagangan dan perniagaan. Dan beberapa lagi kisah lain yang boleh kita jadikan teladan.

Semoga kehadiran buku ini mampu menyingkapkan kepada kita sekelumit kesedaran untuk kita sentiasa merenung dan muhasabah diri. Sentiasa memohon keampunan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Dosadosa besar dan akibatnya terhadap kehidupan manusia
  • Azab Allah yang disegerakan di dunia
  • Punca bencana, kemusnahan dan malapetaka akibat perbuatan manusia
  • Kisah kaum terdahulu yang diazab, termasuk kaum Sodom, Tsamud dan Madyan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca Muslim yang ingin memahami dosa besar dan akibatnya
  • Individu yang mahu memperbaiki diri melalui muhasabah dan taubat
  • Pelajar serta pembaca yang berminat dengan kisah umat terdahulu
  • Ibu bapa dan pendidik yang mencari bahan pengajaran berkaitan akhlak Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Iqra' Al-Firdaus
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465715
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan