• 3395
1

Must Read

Titisan Mahabbah

Regular price
RM 16.90
Sale price
RM 16.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Titisan Mahabbah

Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur, ALLAH SWT sentiasa memerhati,
Walau sering melakukan khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih, ALLAH SWT sentiasa di sisi.

Menunggu doa hamba-Nya meminta hanya kepada yang Hakiki,
Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi
Tetapi, Allahuakhbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi, peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali.

Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi kuteliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya ‘Titisan Mahabbah’ dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran yang tidak bertepi.

Diana Amir... seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?

Naskhah ini adalah himpunan kisah-kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk bicara santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur di kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah hijrah dan perubahan diri mendekati Allah SWT
  • Penghayatan ayat alQuran dan hadis dalam kehidupan
  • Kesyukuran terhadap nikmat, hidayah dan kasih sayang Allah
  • Muhasabah diri, keinsafan dan usaha meninggalkan khilaf

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Individu yang sedang melalui proses hijrah dan perubahan diri
  • Pembaca yang mencari ketenangan serta pengubat keresahan hati
  • Remaja dan dewasa yang berminat dengan kisah inspirasi Islamik

Maklumat Buku

  • Penulis: Diana Amir
  • Penerbit: Must Read
  • ISBN: 9789670392660
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan