• 8079
1

Al-Hidayah

Rahsia Iblis Yang Diberitahu Kepada Para Nabi

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rahsia Iblis Yang Diberitahu Kepada Para Nabi

Iblis merupakan salah satu makhluk Allah yang boleh dikatakan ‘istimewa’. Kenapa? Sebabnya, kerana iblis adalah satu-satu makhluk Allah yang meminta izin daripada Allah secara langsung untuk menggoda dan memperdaya keteguhan iman umat manusia. Ternyata sebagai makhluk istimewa, iblis menyimpan segudang rahsia yang tidak ketahui oleh makhluk lain kecuali para nabi. Salah satu rahsia terbesar yang dibukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah amalan-amalan yang mampu melumpuhkan iblis. Dengan mengamalkan amalan-amalan ini, dengan izin Allah, seorang mukmin dijamin bebas daripada pujuk rayu iblis dan bala tenteranya.

Selain itu apakah rahsia besarnya yang lain? Pasti anda ingin mengetahuinya. Buku ini menghidangkan kepada anda tentang persoalan yang anda lontarkan berkenaan rahsia iblis. Buku ini menghurai secara jelas tentang rahsia-rahsia iblis yang pernah dikhabarkan kepada para nabi seperti Nabi Musa a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Yahya a.s dan beberapa nabi lain lagi. Oleh itu, jika anda ingin tahu tentang strategi dan taktik bagaimana iblis akan menggoda dan memperdayakan manusia jawapannya boleh ditelaah di dalam buku ini.

Selamat mempersiapkan diri menghadapi musuh manusia yang nyata.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hakikat iblis sebagai musuh nyata manusia
  • Strategi dan taktik iblis menggoda serta memperdayakan manusia
  • Rahsia iblis yang disampaikan kepada para nabi
  • Amalan untuk melumpuhkan godaan dan pujuk rayu iblis

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin memahami hakikat dan peranan iblis
  • Individu yang mahu memperkukuh keimanan
  • Mereka yang sering berdepan godaan, waswas dan bisikan syaitan
  • Pelajar serta pengkaji ilmu akidah dan kerohanian Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Maula Ibnu Rusyd
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390402
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 × 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan