• 8977
1

Al-Hidayah

Hidup Bersama Allah SWT

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Hidup Bersama Allah SWT

Buku hebat ini membicarakan kehebatan Asmaaul Husna, Nama-Nama Terbaik bagi Allah Subhanahu Wa Taala, penulis membicarakan konsep dan maksud nama-nama ini, yang hanya layak bagi Pencipta alam ini. Penulis menjelaskan bagaimana kita dapat memanfaatkan nama-nama yang dikenali dengan Asmaaul Husna ini bagi menjadi satu terapi untuk menyembuhkan permasalahan hati, hati yang sakit, tidak bermaya, sedih, menjadi hati yang bercahaya, terang, hidup, mengenali dirinya yang serba kekurangan berbanding keagungan Tuhan yang Maha Agung.

Semakin dalam pengetahuan dan kesedaran dalam memahami nama-nama ini, maka semakin hebat hamba Allah tersebut dalam memahami tugas sebagai insan yang merasai konsep ubudiyyah yang hakiki. Ia juga perumpamaan bagi mereka yang dapat merasai nikmat mengenali Pencipta di dunia ini sebelum menikmati syurga Allah di negeri yang abadi, Jannah.

Oleh itu, menghafal, memahami makna-maknanya, mengimaninya, berdoa kepada Allah sambil memuji, mengagungkan, memohon dan meminta sambil menghayati makna nama-nama Allah dalam segala keadaan merupakan tanda keimanan yang tinggi kepasa Pencipta dan juga memudahkan sesuatu doa itu dikabulkan. Ayuh, marilah kita meneruskan menggali khazanah ilmu yang tiada tepiannya. Selamat membaca, menghayati dan beramal.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengenalan dan penghayatan Asmaul Husna
  • Memahami makna serta keagungan namanama Allah SWT
  • Terapi hati melalui pengenalan kepada Allah
  • Konsep ubudiyyah dan kesedaran sebagai hamba Allah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mengenali Allah SWT dengan lebih mendalam
  • Individu yang sedang mencari ketenangan dan terapi hati
  • Pelajar serta pencinta ilmu akidah dan tauhid
  • Mereka yang ingin memperbaiki doa, zikir dan amalan harian

Maklumat Buku

  • Penulis: Salman Al-Audah
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392345
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 8 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan