• 7417
1

Al-Hidayah

Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat

Regular price
RM 98.00
Sale price
RM 98.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul "RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT" telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hakikat kehidupan dan kematian menurut Islam
  • Pengurusan jenazah serta adab di tanah perkuburan
  • Alam kubur atau alam barzakh, termasuk azab dan kenikmatannya
  • Peristiwa hari kiamat, padang mahsyar, almizan dan assirat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca Muslim yang ingin memahami hakikat kematian dan kehidupan selepas mati
  • Individu yang mahu membuat persediaan rohani menghadapi alam akhirat
  • Pelajar dan pengajar bidang pengajian Islam
  • Pengurus jenazah serta ahli keluarga yang ingin mempelajari tatacara pengurusan jenazah

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Al-Qurtubi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674391041
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan