Al-Hidayah
Tip Menjadi Wanita Yang Sentiasa Dibantu
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Tip Menjadi Wanita Yang Sentiasa Dibantu
Apabila membicarakan tentang wanita solehah, is bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan seseorang muslimah itu semata-mata. Tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Wanita juga tidak diukur daripada betapa cantiknya bentuk tubuh seseorang itu, tetapi bagaimana dia menutup, melindungi dan memelihara tubuhnya itu. Muslimah sejati juga akan sentiasa menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang mengundang kemurkaan allah dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengejar reda dari kekasihnya, allah swt.
Tetapi dalam era globalisasi ini, terlalu ramai wanita yang terjerumus dalam lembah kejahilan dan kelalaian seiiring dengan arcs pembangunan moden yang tidak terbatas. Fenomena ini jelas menggambarkan nilai agung islam yang dibawa oleh rasulullah saw semakin jauh tersisih. Oleh itu, kehadiran buku ini adalah untuk memberi pemahaman dan peringatan yang jelas bagi kaum muslimah tentang amalan yang boleh mengumpul pahala serta tip dan panduan untuk menjadi kekasih allah yang sentiasa dibantu-nya. Allah mengasihi hamba-hamba-nya yang sentiasa mendekatkan diri mereka kepada-nya dan ini akan memudahkan pertolongan dari allah swt sekali gus memperoleh kebahagiaan, keberkatan dan kemuliaan di sisi-nya. Insya-allah.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Ciriciri wanita solehah dan muslimah sejati
- Menjaga maruah, aurat dan kehormatan diri
- Menjauhi maksiat, kejahilan dan kelalaian
- Amalan mengumpul pahala serta mendekatkan diri kepada Allah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Muslimah yang ingin memperbaiki diri
- Wanita yang mahu mendalami ciriciri wanita solehah
- Remaja perempuan yang sedang membina jati diri Islam
- Isteri dan ibu yang ingin memperkukuh amalan agama
Maklumat Buku
- Penulis: Abdul Syukur
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674391867
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg