Al-Hidayah
Rahsia Memikat Suami
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Rahsia Memikat Suami
Perkahwinan adalah ikatan suci yang menghimpunkan dua makluk Allah SWT yang berlainan jantina. Lelaki dan perempuan sating memerlukan di antara satu sama lain. Lantas Islam mensyariatkan aqad nikah untuk menghalalkan hubungan suami isteri demi menghasilkan zuriat yang halal lagi diberkati. Ikatan suci ini perlu dijaga dan dipupuk dengan nilainilai keimanan berpaksikan tauhid dan berlandaskan syariat. Jika tidak, is akan roboh dan terputus, maka terjadilah perceraian ataupun perpisahan. Untuk menjaga hubungan perkahwinan, kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Mereka perlu memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh digali menerusi pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Tanpa ilmu, manusia akan dipimpin oleh nafsu dan perasaan.
Buku ‘Rahsia Memikat Suami’ ini membekalkan beberapa tip-tip yang berguna buat para isteri khususnya. Ramai di kalangan isteri yang menyangka bahawa mereka sudah berada di zon selamat apabila sudah berkahwin serta sudah mempunyai zuriat. Layanan terhadap suami semakin pudar dan hambar. Mereka terlupa bahawa suami mereka bukanlah Nabi mahupun malaikat. Suami mereka hanyalah manusia biasa yang imannya turun naik. Justeru itu, bagi menjamin keutuhan rumah tangga, para isteri perlu mengetahui beberapa rahsia penting demi keutuhan rumahtangga mereka.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Panduan membina rumah tangga berlandaskan iman dan syariat Islam
- Peranan isteri dalam menjaga keharmonian perkahwinan
- Cara memikat hati dan mengekalkan kasih sayang suami
- Kepentingan layanan, perhatian dan komunikasi dalam rumah tangga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Isteri yang ingin memperbaiki hubungan dengan suami
- Wanita yang bakal mendirikan rumah tangga
- Pasangan suami isteri yang ingin mengukuhkan perkahwinan
- Pembaca yang mencari panduan rumah tangga berteraskan Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Naylil Moena
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392055
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg
Buku Berkaitan
- Seni Bertengkar Suami Isteri Untuk Mengharmonikan Rumahtangga
- Al Quran Al Karim (Kulit Keras : Sederhana)
- Surah Al-Kahfi Surah Yasin Tahlil & Doa Saiz Sedang
- Iqra' Al-Bayan Cara Cepat Belajar Membaca Al-Quran Edisi Lengkap 1-6
- Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang