Al-Hidayah
Nama-Nama Muslimin Khas Untuk Anak Lelaki
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Nama-Nama Muslimin Khas Untuk Anak Lelaki
Memberikan nama yang baik, mendidik dengan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat, membina akhlak yang sempurna adalah tanggungjawab setiap ibubapa kepada anak-anak mereka.
Setiap ibubapa mengimpikan putera mereka nanti akan sebijak Luqman Hakim atau setabah Nabi Ayub (A.S) ataupun sekacak Nabi Yusuf. Maka dinamakan putera mereka itu dengan nama yang indah dan terbaik yang elok maknanya. Di dalam doa setiap ibubapa memohon kepada Allah agar nanti anak-anak ini akan menjadi orang baik akhlaknya dan berjaya dalam hidupnya. Dan yang amat diidamkan setiap ibubapa ialah anak-anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat mereka.
Nama itu adalah doa dan harapan kedua ibubapa kepada anak-anak mereka. Nama juga merupakan harta yang pertama yang akan dibawa oleh si anak hingga ke akhir hayat, dianugerahkan oleh ibubapa kepada anak.
Namakanlah putera-putera anda dengan nama yang elok dan indah maknanya. Semoga putera anda berperibadi mulia, soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibubapanya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Senarai nama Muslimin yang indah dan sesuai untuk anak lelaki
- Maksud dan makna baik di sebalik namanama Islamik
- Kepentingan memilih nama sebagai doa dan harapan ibu bapa
- Inspirasi nama daripada tokoh, nabi dan lelaki soleh
Buku Ini Sesuai Untuk
- Bakal ibu bapa yang sedang mencari nama anak lelaki
- Ibu bapa Muslim yang mahu memilih nama bermakna untuk putera mereka
- Pasangan yang menantikan kelahiran bayi lelaki
- Ahli keluarga atau sahabat yang ingin menghadiahkan buku nama bayi
Maklumat Buku
- Penulis: Ummu Ainul Muhammad
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681082
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg