• 8828
1

Al-Hidayah

The Choice Pilihan A Journey Towards True Path Dialog Islam Kristian

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis The Choice Pilihan A Journey Towards True Path Dialog Islam Kristian

Sheikh Ahmed Hussein Deedat yang lebih dikenali dengan nama Ahmed Deedat merupakan seorang pendakwah Islam kontemporari. Beliau dilahirkan di Gujarat India dan berhijrah dan membesar di Afrika, dijaga oleh bapa yang bekerja sebagai seorang tukang jahit. Tanpa pendidikan formal yang sempurna, beliau berusaha menimba ilmu berkat ketekunannya, beliau meraih kecemerlangan di dalam pendidikannya. Persekitaran yang mencabar mengajar sebuah erti kehidupan kepada beliau. Lebih-lebih lagi dengan minatnya yang suka membaca. Di sinilah beliau mengasah kematangan di dalam perdebatan dengan hujah-hujah yang kukuh dan jitu. The Choice (Pilihan) merupakan sebuah nukilan perdebatan Ahmed Deedat dengan beberapa paderi atau pendeta Kristian. la merupakan dialog dan diskusi teologi yang begitu padat dengan informasi dan perbandingan. Apa yang diketengahkan oleh Ahmed Deedat adalah perdebatan bukanlah untuk menentukan menang atau kalah. Tetapi kemuncaknya ialah menyatakan dan membuktikan tentang kebenaran dan kesyumulan Islam itu sendiri. Dengan hujah dan bukti-bukti yang dibawakan akan memberikan kita destinasi mana yang sebenarnya, sepatutnya kita tempuhi. Perdebatan di antara Ahmed Deedat dengan paderi atau pendeta Kristian ini juga sering menjadi bahan rujukan dan perbualan dalam menghurai diskusi perbandingan agama. Semoga dengan membaca buku ini, cahaya iman dan hidayah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu akan terus teguh di hati setiap muslim. Dan cahaya itu juga akan menerangi hati-hati mereka yang beruntung menerima hidayah Allah dan memilih jalan yang benar dan diredhai Allah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Dialog dan perdebatan antara Islam dengan Kristian
  • Perbandingan hujah teologi Islam dan Kristian
  • Peranan alQuran dan Bible dalam pencarian kebenaran
  • Kaedah dakwah, dialog ilmiah dan perbahasan berasaskan bukti

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca Muslim yang ingin memperkukuh kefahaman akidah
  • Pelajar dan pengkaji perbandingan agama
  • Pendakwah serta penggerak dialog antara agama
  • Pembaca yang berminat memahami hubungan Islam dan Kristian

Maklumat Buku

  • Penulis: Ahmad Deedat
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465913
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 9 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan