Al-Hidayah
Perbaharuilah Solat Anda Hayya Alas Solah Hayya Alal Falah Soft Cover
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Perbaharuilah Solat Anda Hayya Alas Solah Hayya Alal Falah Soft Cover
Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Betapa pentingnya kedudukan solat di dalam Islam sehinggakan ia dijadikan pengukur beza antara muslim atau kafir. Malah dalam teks-teks keagamaan turut dinyatakan bahawa jika solat seseorang itu baik, maka baiklah seluruh amalnya. Sebaliknya jika buruk solatnya, maka buruk jugalah seluruh amalnya. Wajarlah jika syariat solat diterima secara langsung daripada Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj.
Mungkin kebanyakan kita telah melaksanakan solat fardu lima waktu dalam sehari semalam, namun adakah kita menyedari sejauh manakah keberkesanan solat itu terhadap jiwa kita? Sudahkah sempurna solat yang selama ini kita laksanakan? Sejauh manakah solat yang telah kita laksanakan itu mempengaruhi kehidupan seharian kita?
Seharusnya solat menjadi suatu amalan yang menyenangkan bagi setiap muslim lantaran manfaatnya yang sangat besar dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian, di dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk meraih solat yang khusyuk, sempurna dan mampu mengubah dan mempengaruhi kehidupan seharian agar lebih bermakna.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan solat sebagai rukun Islam yang kedua
- Kesempurnaan dan kualiti pelaksanaan solat
- Cara meraih solat yang khusyuk
- Hubungan solat dengan pembentukan jiwa dan akhlak
Buku Ini Sesuai Untuk
- Muslim yang ingin memperbaiki kualiti solat
- Individu yang ingin meningkatkan kekhusyukan dalam solat
- Remaja dan orang dewasa yang sedang mendalami ilmu ibadah
- Pembaca yang ingin memahami kesan solat terhadap jiwa dan akhlak
Maklumat Buku
- Penulis: Mukmin Fathi Al-Hadad
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682751
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg