• 7414
1

Al-Hidayah

Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW

Apabila kita singkap semula peradaban dunia yang sebelum Islam seperti Yunani, Romawi, Yahudi dan Arab Jahiliah, wanita dianggap sebagai makhluk yang tidak perlu wujud di dunia. Bahkan di zaman moden ini pun wanita kadangkala dianggap sebagai bahan yang boleh dieksploitasi untuk keseronokan dan peragaan ketika wanita tersebut masih muda dan menarik. Namun masih ada yang menganggap inilah simbol kebebasan dan kemodenan. Tetapi hakikatnya ini hanyalah merendah-rendahkan lagi martabat wanita.

Musuh-musuh Islam amat risau sekiranya apabila wanita muslimah begitu berpegang teguh kepada syariat Islam. Kebimbangan ini disebabkan, dari wanita muslimah inilah akan melahirkan generasi Islam yang mantap. Pelbagai helah dan rencana yang dirancang oleh musuh Islam untuk merosakkan wanita muslimah, demi untuk melemahkan generasi Islam yang akan terbina kelak.

Buku ini menghimpunkan beberapa tokoh wanita-wanita hebat yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W. Mereka merupakan contoh teladan yang terbaik untuk menjadi idola dan inspirasi kepada kaum Hawa dalam zaman yang penuh cabaran ini. Semoga dengan perkongsian ini mampu menjentik satu semangat murni ke dalam jiwa kita untuk menegakkan dan meninggikan lagi keagungan Islam.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah dan ketokohan wanita di sekeliling Rasulullah SAW
  • Peranan wanita dalam perkembangan dan perjuangan Islam
  • Keteguhan iman, pengorbanan dan keberanian para sahabiyah
  • Kedudukan serta maruah wanita menurut Islam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Wanita Muslimah yang ingin mencontohi kehidupan para sahabiyah
  • Remaja dan pelajar Muslim yang berminat mendalami sirah Rasulullah SAW
  • Ibu yang ingin membentuk generasi Islam berakhlak mulia
  • Guru, pendidik dan penceramah agama

Maklumat Buku

  • Penulis: Mahmud Al-Misri
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682119
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan