Al-Hidayah
Panduan Berkhatam Al-Quran
- Regular price
- RM 8.90
- Sale price
- RM 8.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Panduan Berkhatam Al-Quran
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menyaksikan (menghadiri) majlis mengkhatam Al-Quran adalah seperti menyaksikan pengagihan harta rampasan perang.”
Sabda Baginda: “Sesungguhnya bagi pembaca Al-Quran itu ada doa mustajab, iaitu pada saat khatamnya. “Sabda Baginda lagi: “jika seseorang telah mengkhatam Al-Quran, maka 60,000 malaikat mendoakannya ketika khatam itu.”
Ibnu Abbas r.a, sahabat Rasulullah SAW, sangat suka mengadakan majlis khatam Al-Quran. Beliau panggil saudara-maranya, beliau bacakan doa dan mereka semua turut mengaminkannya.
Buku ini menerangkan tatacara berkhatam Al-Quran. Selain itu diterangkan juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hukum Al-Quran, fadilat membaca dan mendengar ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya. Diharapkan dengan kemunculan buku ini akan menambah kesungguhan untuk belajar Al-Quran, membacanya sehingga khatam dan juga dapat membantu masyarakat kita untuk mengadakan majlis berkhatam Al-Quran. Barang kali jika dibandingkan dengan zaman dahulu, sekarang ini semakin jarang diadakan cara-acara khatam Al-Quran. Maka dengan kedatangan buku ini ditengah-tengah masyarakat semakin seringlah orang mengadakan majlis khatam Al-Quran.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Tatacara dan panduan melaksanakan majlis khatam AlQuran
- Hukumhakam berkaitan AlQuran
- Fadilat membaca dan mendengar ayatayat AlQuran
- Adab membaca AlQuran serta penghayatan terhadapnya
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin belajar cara berkhatam AlQuran
- Peserta kelas mengaji dan tilawah AlQuran
- Ibu bapa yang mahu membimbing anakanak membaca AlQuran
- Pengurus masjid, surau dan majlis khatam AlQuran
Maklumat Buku
- Penulis: Syahrin Jasah
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789839188875
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg