Al-Hidayah
Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa (Jilid 1)
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa (Jilid 1)
Halal dan haram mempunyai asas-asas tertentu yang perlu diambil kira, sebekim memutuskan sesuatu itu halal atau haram. Pihak yang memutuskannya hendaklah pihak yang berotoriti dan ulama-ulama yang berwibawa.Halal dan haram tidak hanya tertumpu kepada lapangan minuman, makanan dan juga pinjaman sahaja, bahkan lebih luas daripada itu merangkumi lapangan, ilmu, akidah, ibadah, bersuci, solat, puasa, zakat, haji, pengurusan jenazah, makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan, perkakasan rumah, kerjaya dan mats pencarian, muamalah, kekeluargaan, siasah dan jenayah, hubungan kemasyarakatan, sukan dan seni, perubatan dan akhlak. Cuma persoalan makanan, minuman dan juga pinjaman merupakan perkara yang banyak melibatkan umat Islam hari ini, kerana itu is menjadi tumpuan yang lebih berbanding dengan isu-isu halal dan haram yang lain.Buku ini amat baik untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam, dari semua lapisan masyarakat, seperti pelajar, ibu bapa, pensyarah, pegawai agama, mufti, kadi, guru-guru agama dan lain-lain. Perbahasannya cukup menarik kerana melibatkan nas-nas al-Qur’an, al-Sunnah, logik akal dan juga pendapat-pendapat ulama terdahulu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Asas penentuan hukum halal dan haram berdasarkan alQuran, alSunnah serta pandangan ulama berautoriti
- Isu halal dan haram dalam makanan, minuman serta penggunaan harian
- Hukum pinjaman, muamalah, kerjaya dan sumber pencarian
- Aplikasi fiqh halal dan haram dalam ibadah, akidah, bersuci, kekeluargaan dan pengurusan jenazah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar pengajian Islam dan bidang syariah
- Guru agama, pensyarah serta pendidik
- Pegawai agama, mufti dan kadi
- Ibu bapa serta masyarakat umum
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari yang diterbitkan
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675274565
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg