• 8019
1

Al-Hidayah

Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah Puncak Kebahagian Dan Keberuntungan Yang Cemerlang

Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah merupakan sebuah kitab karangan As-Syeikh Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fathani, yang terkenal dengan karya Matla’ Al-Badrain Wa Majma’ Al-Bahrain.

Buku ini menerangkan berkenaan Rukun Islam dan Rukun Iman, Peringatan Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang, Hukum Bersuci, Bab Haid, Nifas dan Istihadhah, serta perkara-perkara berkaitan sembahyang sama ada dari segi hukum, syarat, rukun dan sebagainya. Di dalam buku ini juga dihadirkan bab mengenai sembahyang-sembahyang sunat, solat Jumaat, Solat Jenazah serta perbincangan berkenaan Faedah Dunia dan Akhirat.

Buku ini ditransliterasikan daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan dari segi gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis serta memudahkan para penuntut ilmu dalam mengikuti pengajian.

Semoga dengan kehadiran buku ini akan lebih menyemarakkan kefahaman kita dalam memahami agama Islam yang kita cintai dan lebih memberi kefahaman terhadap ibadah yang kita lakukan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Rukun Islam dan Rukun Iman
  • Hukum bersuci serta bab haid, nifas dan istihadhah
  • Hukum, syarat dan rukun sembahyang
  • Sembahyang sunat, solat Jumaat dan solat jenazah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar pondok, madrasah dan institusi pengajian Islam
  • Individu yang ingin mendalami ilmu fardu ain
  • Pembaca yang mahu memperkemas kefahaman tentang solat dan bersuci
  • Guru agama, ustaz dan pengajar pengajian Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Abdu al-Fani Muhammad bin Isma'il Daud
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682003
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan