Al-Hidayah
Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 3
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 3
Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.
Jilid ketiga buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan persoalan-persoalan fiqah khusus dalam kitab solat. Antaranya adalah perlakuan dan bacaan dalam solat, imam solat, masbuq dan muafiq, musafir, solat Jumaat, solat khusuf, solat gerhana dan solat istisqa’. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perlakuan dan bacaan dalam solat
- Hukum dan panduan imam solat
- Masbuq, muafiq dan kaedah mengikuti imam
- Solat musafir dan solat Jumaat
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar ilmu fiqah dan pengajian Islam
- Pengikut mazhab AlSyafie
- Guru, ustaz dan pendakwah
- Penuntut ilmu yang ingin memahami hukum solat berdasarkan dalil
Maklumat Buku
- Penulis: yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681273
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg