• 8691
1

Al-Hidayah

Bulughul Maram

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bulughul Maram

Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan.

Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya.

Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hadishadis hukum sebagai dalil syarak
  • Fikah dan hukumhakam Islam
  • Ibadah dan panduan amalan Muslim
  • Babbab perbincangan syariah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar sekolah pondok, madrasah dan institusi pengajian Islam
  • Peserta kelas syarah hadis dan fikah
  • Guru agama, ustaz dan pendakwah
  • Pembaca yang ingin memahami hadishadis hukum

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari Al-Malayuwi yang diterbitkan
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681730
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan