PTS
Jin Dalam Al-Quran
- Regular price
- RM 16.00
- Sale price
- RM 16.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Jin Dalam Al-Quran
Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.
Dalam buku ini, pembaca akan menemui hadis daripada berbagai rujukan agama. Penulis menghidangkannya tanpa melakukan saringan, tetapi sekadar menyebut sumbernya. Jelas ada di antaranya yang sahih dan ada juga yang tidak. Hadis yang bersumber daripada kitab-kitab hadis Bukhari dan Muslim diterima secara baik oleh pakar-pakar Islam. Riwayat-riwayat yang bersumber daripada kitab-kitab Sunan, iaitu Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasa'i juga diterima secara umum, walaupun pada peringkat yang lebih rendah berbanding riwayat Bukhari dan Muslim. Selain itu tahap kesahihannya rendah, tetapi tidak diabaikan sepenuhnya. Hadis-hadis tersebut penulis sajikan setidaknya sebagai gambaran tentang adanya pandangan atau kepercayaan sebahagian orang tentang kandungannya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konsep jin sebagai makhluk ghaib menurut alQuran dan sunah
- Gambaran tentang jin, syaitan dan makhluk ghaib ciptaan Allah SWT
- Batas kemampuan akal manusia dalam memahami perkara ghaib
- Peranan kepercayaan kepada perkara ghaib dalam kehidupan sebagai hamba dan khalifah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami konsep jin berdasarkan alQuran dan sunah
- Pelajar pengajian Islam dan bidang akidah
- Individu yang berminat dengan perkara ghaib menurut perspektif Islam
- Pembaca yang ingin menilai hadis berkaitan jin dan makhluk ghaib
Maklumat Buku
- Penulis: M. Quraish Shihab
- Penerbit: PTS
- ISBN: 9789670127460
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg