Al-Hidayah
Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Anda
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Anda
Malaysia adalah bumi yang sangat bertuah kerana kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Di sekeliling kita begitu banyak sekali spesies tumbuh-tumbuhan yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar. Sudah menjadi trend masa kini tumbuhtumbuhan liar ini dijadikan sebagai penyeri untuk mengindahkan lagi landskap taman rumah atau taman-taman umum.
Sebenarnya tumbuhan liar ini mempunyai begitu banyak sekali kegunaannya dalam perubatan dan penyembuhan penyakit. Amat mengagumkan masyarakat dahulu sudah mengetahui tentang khasiat dan kegunaan tumbuhan liar untuk perubatan tanpa menggunakan alat berteknologi moden untuk mengkajinya. Dengan adanya teknologi canggih kini, lebih banyak kajian tentang tumbuhan liar telah dijalankan. Ini telah memberi satu dimensi baharu dalam bidang perubatan kerana kita tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang berasaskan kimia atau dadah yang mungkin memberi kesan yang memudaratkan. Perubatan menggunakan tumbuhan liar dilihat sebagai satu alternatif bagi ubat-ubatan moden ini.
Ilmu tentang tumbuhan liar dalam perubatan ini adalah warisan yang diwarisi oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Dengan adanya tulisan dan rujukan seperti buku ini akan memudahkan kita untuk mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan liar ini. Setidaktidaknya kita mengenali spesies yang berada di sekeliling kita untuk manfaat bersama.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengenalan kepada tumbuhan liar di Malaysia
- Pengenalpastian spesies tumbuhan liar di sekeliling
- Khasiat dan kegunaan tumbuhan liar dalam perubatan
- Amalan perubatan tradisional berasaskan tumbuhan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang berminat dengan tumbuhan ubatan dan herba
- Pengamal perubatan tradisional dan terapi herba
- Pelajar dalam bidang botani, sains hayat dan perubatan
- Pekebun serta peminat landskap dan tanaman
Maklumat Buku
- Penulis: masyarakat kita sejak dahulu lagi. Dengan adanya tulisan
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789832672906
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg