• 8619
1

Al-Hidayah

Taubat & Pengampunan Dosa

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Taubat & Pengampunan Dosa

Taubat & Pengampunan Dosa ialah buku karya Imam Al-Ghazali yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membimbing pembaca dalam aspek penyucian jiwa, akhlak dan pembangunan rohani.

Sinopsis Buku Taubat & Pengampunan Dosa

Sahal bin Abdullah At-Tustar memetik bahawa : " Taubat adalah penggantian sikap atau4 amalan yang tercela dengan sikap atau amalan yang terpuji. Tetapi perkara ini tidak akan terjadi dengan sempurna kecuali melalui pengasingan diri, sikap diem serta makanan halal."

Sebenarnya definisi dan pengertian taubat itu amat luas cakupannya. Secara asasnya taubat ini adalah di mana seorang individu itu mengaku dan menyesal atas perlakuan buruk yang pernah dilakukan dan menetapkan dalam hatinya untuk tidak melakukan dosa tersebut dan juga dosa-dosa lain. Dengan sebenar-benar taubat, perubahan secara total akan berlaku kepada seseorang itu. Ini akan terpancar di dalam setiap perbuatan, akhlak dan dirinya.

Imam Ghazali di dalam buku ini mengupas secara terperinci berkenaan taubat, dosa-dosa, cara bertaubat dan cara menahan dan menghalang diri daripada melakukan dan mengulangi dosa tersebut. Bagaimana menimbulkan rasa takut kepada Allah dan mengingati bagaimana azabnya seksaan Allah di akhirat kelak kerana dosa-dosa yang dilakukan di dunia ini.

Semoga buku ini Nadir tepat pada masa dan waktunya untuk kita baca dan fahami. Semoga hidayah dan rahmat Allah ke atas kita untuk menggerakkan hati kita agar bertaubat di atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan same ada secara cedar ataupun tidak. Dan bersama-sama kita berdoa kepada Allah agar cahaya iman dan hidayah-Nya tidak pernah pudar menyinari hidup kita semasa di dunia ini.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan penghayatan rohani.
  • Membantu memperbaiki akhlak.
  • Mendorong muhasabah diri.
  • Membantu pembangunan diri yang lebih baik.

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Al-Ghazali
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267852
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 5 × 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Penuntut ilmu.
  • Pembaca yang mencari ketenangan jiwa.
  • Guru.
  • Pembaca umum.