• 7069
1

Al-Hidayah

Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum

Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum ialah buku karya Abdullah Muahammad Bin Farj Al-Maliki A-Qurthubi yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan hadis serta penerangannya untuk membantu pembaca memahami sunnah Rasulullah SAW.

Sinopsis Buku Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum

Penerapan hukum Islam dalam suatu masyarakat tidak semudah sepertimana apa yang termaktub dalam kitab jenayah dan kitab qanun-qanun lainnya. Kesukaran ini barangkali kerana tidak cukup syarat atau mungkin tidak dikuatkuasakan oleh pihak penegak hukum.

Buku ini telah memaparkan tentang ketetapan-ketetapan hukum yang merangkumi semua aspek di dalam kehidupan manusia seperti mana yang pernah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. atau yang Beliau perintahkan untuk menetapkannya. Sebab bagi penegak hukum di dalam masyarakat tidak dibenarkan untuk menetapkan keputusan kecuali is mesti berdasar pada perintah Allah melalui kitabNya.

Demikian juga di antara rahsia kejayaan Rasulullah dalam menerapkannya telah dijelaskan secara terperinci berdasarkan riwayat yang sohih, sehingga kebijakan serta kearifan yang dilakukan oleh Baginda dapat diteladani bagi hakim sebelum menerapkan atau menjatuhkan hukuman.

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'i telah bersepakat mengenai syarat bagi seorang hakim, iaitu hendaknya mengerti benar tentang hadith, fekah yang disertai dengan kemampuan ilmu pengetahuan dan kewarakan. Untuk mengetahui lebih lanjut strategi serta rahsia Rasulullah dalam penerapan hukum, sila baca huraian dalam buku ini.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah kefahaman terhadap hadis Nabi.
  • Memahami sunnah dalam kehidupan seharian.
  • Menjadi bahan rujukan agama.
  • Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Maklumat Buku

  • Penulis: Abdullah Muahammad Bin Farj Al-Maliki A-Qurthubi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830995502
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Guru agama.
  • Pendakwah.
  • Pembaca umum.