• 7098
1

Al-Hidayah

Pintar Ibadah

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pintar Ibadah

Pintar Ibadah ialah buku karya Ustaz Johari Yaman yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Pintar Ibadah

Mengetahui dan mempelajari tentang ibadah dan urusan-urusan lain yang berkaitannya adalah menjadi kewajipan individu Muslim, kerana ia menentukan kebenaran dan kesahihan beribadah terutamanya ibadah solat yang merupakan tiang agama.

Buku Pintar Ibadah tampil membekalkan ilmu pengetahuan berkaitan asas-asas penting dalam beribadat, bermula dari cara-cara membersihkan diri dari sebarang kekotoran najis, mandi, berwuduk, bertayamum, azan, iqamah, solat, wirit, doa, zikir dan sebagainya. Mengenali para Imam mazhab juga adalah penting kerana mereka merupakan imam ikutan kita dalam beribadah yang diterima ajarannya daripada Rasulullah S.A.W. Mereka adalah asy-Syafi'e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Kesilapan, kecuaian dan tidak menitikberatkan hal-hal ibadah adalah kesalahan sendiri yang akan membawa kepada penyesalan selamanya. Melaksanakan ibadah tanpa pengetahuan yang benar akan membawa kepada kehampaan, kepenatan dan membuang masa sahaja. Untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah ibadah yang dikerjakan hendaklah tepat, benar dan sejajar dengan yang dituntut. Sayang masa, sayang usia, sayang dunia demi akhirat.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Ustaz Johari Yaman
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267210
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.