• 8689
1

Al-Hidayah

Panggilan Terakhir Dari Allah SWT

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Panggilan Terakhir Dari Allah SWT

Panggilan Terakhir Dari Allah SWT ialah buku karya Jamal Ma’mur Asmani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Panggilan Terakhir Dari Allah SWT

Siapa tidak kenal neraka, suatu tempat yang mengerikan ; dan tidak dapat dibayangkan kengeriannya. Tempat penyeksaan dan pembalasan bagi mereka yang menentang dan mengingkari perintah Allah. Digambarkan penult dengan seksaan dan penderitaan yang tiada tolok bandingannya. jangankan therasakannya, membayangkannya pun sudah cukup mengetarkan jiwa dengan kengeriannya.

Sebenarnya, khabar tentang neraka hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Namun demikian Allah telah mengutuskan malaikat untuk menyampaikan khabarnya kepada rasul-Nya, untuk kemudiannya disampaikan kepada umatnya. Sudah pasti, agar umatnya benar-benar berhati-hati dan berusaha untuk tidak terjerumus ke dalamnya.

Apakah khabar buruk yang dibawakan malaikat kepada Rasulullah S.A.W.? Siapakah gerangannya Malaikat Malik? Siapakah calon penghuni neraka? Bagaimana keadaan para penghuni neraka? Bagaimana pedihnya seksaan dan penderitaan di dalam .neraka? Dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghindari dahsyatnya seksaan api neraka? Apakah doa dan amalan yang dapat menjauhkan seseorang daripada masuk neraka?

Buku insya Allah akan menjawab persoalan itu berdasarkan apa yang dibawakan oleh Al-Qur'an dan Hadis dan diperkuatkan lagi oleh penjelasan para ulama yang alim dan soleh.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Jamal Ma’mur Asmani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465579
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.