• 8620
1

Al-Hidayah

Gerak Kerja Malam Menghayati Ibadah

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Gerak Kerja Malam Menghayati Ibadah

Kehadiran buku Gerak Kerja Malam Menghayati Ibadah ini memberikan faedah yang tidak ternilai harganya buat seluruh umat Islam. Ia banyak memberikan panduan, bimbingan dan petunjuk kepada kita dalam menyempurnakan program-program beribadah kepada Allah sepanjang malam bermula dengan Solat Maghrib sehinggalah selesai Solat Subuh.

Buku ini merupakan bimbingan secara sistematik bagi kita, umat Islam dalam melakukan ibadah-ibadah yang diamalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi contoh teladan sepanjang zaman. Program ibadah khususnya dalam memanfaatkan waktu malam dengan dengan ibadah-ibadah fardu mahupun sunat. Ia mengajak kita untuk menghayati malam dengan gerak kerja ibadah yang dianjurkan oleh Allah Taala bagi meningkatkan keimanan terhadap-Nya dengan penjelasan yang ringkas tetapi padat.

Di antara ibadah-ibadah tersebut ialah solat-solat fardu seperti Maghrib, Isyak dan Subuh. Serta amalan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Awwabin, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud dan lain-lain, dengan diiringi wirid-wirid dan doa-doa pilihan sebagai panduan.

Semoga kehadiran buku ini dapat membantu pembaca dan umat Islam seluruhnya dalam menghayati dan menyempurnakan gerak kerja ibadah mereka, Malah membuakkan lagi motivasi dan semangat kita untuk melakukan ibadah di waktu malam dengan khusyuk dan istiqamah. Sekaligus dapat meningkatkan taraf kualiti ibadah mereka terhadap Allah Azza Wajalla sebagai bekalan untuk bertemu dengan-Nya kelak.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Panduan menyusun gerak kerja ibadah sepanjang malam dari Maghrib hingga Subuh
  • Pelaksanaan solat fardu Maghrib, Isyak dan Subuh
  • Amalan solat sunat Awwabin, Taubat, Hajat dan Tahajjud
  • Wirid dan doa pilihan selepas solat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Umat Islam yang ingin memperbaiki amalan ibadah malam
  • Individu yang mahu mempelajari solat sunat secara tersusun
  • Golongan yang ingin membina rutin ibadah dari Maghrib hingga Subuh
  • Pelajar, pendidik dan penggerak program kerohanian Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: -
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681433
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 5 × 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan