Al-Hidayah
Fikih Dakwah Kepentingan Tauhid dalam Hidup Manusia
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Fikih Dakwah Kepentingan Tauhid dalam Hidup Manusia
Fikih Dakwah Kepentingan Tauhid dalam Hidup Manusia ialah buku karya Sayyid Quthb yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Fikih Dakwah Kepentingan Tauhid dalam Hidup Manusia
As-Syahid Sayyid Quthb adalah salah seorang tokoh Islam kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia. Sumbangan dan buah fikiran yang beliau berikan kepada generasi muda Islam sekarang begitu besar. Lebih-lebih kini dalam keadaan umat Islam yang semakin dihimpit oleh pclbagai cabaran dan dugaan yang begitu kompleks dan canggih. Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi yang menjadikan dunia maklumat semakin terbuka dan tidak bersempadan. Idea dan buah fikiran yang Sayyid Quthb terjemahkan mcmberikan inspirasi kepada generasi kini khususnya di zaman digital dan teknologi ini.
Walaupun perjalanan untuk merealisasikan idea tersebut penuh dengan ranjau dan rintangan. Sehingga menyaksikan beliau telah meringkuk di dalam penjara dan akhirnya syahid dalam menegakkan Islam. Walaupun di kelilingi oleh tembok penjara dan jeriji besi, hasil buah fikiran yang dikurniakan Allah telah beliau catatkan dengan mata penanya yang tidak berheti menari menukilkan kesegaran tentang Islam dan dakwahnya kepada semua.
Terdapat beberapa tulisan yang beliau telah karang semasa beliau sedang dipenjarakan. Naskhah ini merupakan hasil karangan beliau yang telah dikumpulkan dari penjara tempat beliau dikurung, ia telah disusun mengikut bab tertentu oleh Ahmad Hassan. Dan diberi tajuk k ‘Fiqhud-Da’wah : Maudhu’at fi ad-Da’wah wal Harakah’ berdasarkan huraian dan pencerahan yang dicatatkan di dalam helaian tulisan Sayyid Quthb.
Semoga dengan usaha penulis dan juga kegigihan penyusunnya, generasi kini mendapat manfaat ilmu yang berguna, yang boleh dikerahkan untuk memartabatkan Islam dan dakwahnya.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Sayyid Quthb
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670465661
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 7 x 9
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.