• 4399
1

Al-Hidayah

Ketika Tuhan Jatuh Cinta (Jilid 1) Oleh Wahyu Sujani

Regular price
RM 21.90
Sale price
RM 21.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ketika Tuhan Jatuh Cinta (Jilid 1) Oleh Wahyu Sujani

Apabila sering dilanda kegagalan atau nasib tidak menyebelahi kita bukan bermakna yang cinta Tuhan telah pudar. Tetapi itu sebenarnya menagih agar kita lebih jujur dan lebih cintakan Tuhan. Dan itu juga tandanya yang kasih Tuhan itu sentiasa mekar cuma tidak kita segarkan dengan hati tulus dan jiwa yang tenang.

Pada Fikri, kehadiran mereka yang berada di sekelilingnya, menjadikan dia di antara mereka yang amat beruntung. Dianugerahkan dengan bakat yang besar dan jiwa yang tabah dan jitu. Dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pencinta dan orang yang dicintai. Namun sebagai makhluk yang bernama insan dugaannya besar. keinginannya sama seperti orang lain, untuk mencintai dan dicintai. Namun cintanya atas nama persaudaraan dan persahabatan begitu memerlukan pengorbanan yang besar. Apa jua halangan yang melintang cinta itu tidak boleh dilenyapkan daripada jiwa setiap pencinta.

Apabila cinta sejati itu diluahkan, ketawa dan tersenyum bersama, tapi menangis kita sendiri yang tahu. Mengadulah kepada Sang Pencipta dan Sang Pemilik Cinta sebenar. Cinta itu adalah melihat orang yang kita cintai bahagia. Cinta itu adalah tangisan diri yang memberikan senyuman kepada orang yang kita cintai. Itu pengorbanan sebuah cinta. Kerana cinta abadi itu milik Ilahi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kepada Tuhan dan pengharapan kepadaNya
  • Cinta sejati, persahabatan dan persaudaraan
  • Pengorbanan demi kebahagiaan insan yang dicintai
  • Ketabahan menghadapi kegagalan dan ujian kehidupan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Islamik
  • Remaja dan dewasa yang meminati kisah romantik berunsur kerohanian
  • Pembaca yang mencari inspirasi tentang cinta dan pengorbanan
  • Peminat kisah persahabatan, persaudaraan dan konflik emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Wahyu Sujani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670268002
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan