Suara Hati Publication
Zia Ulhaq Oleh Erhad
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Zia Ulhaq Oleh Erhad
Zia Ulhaq karya Erhad membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Zia Ulhaq. Pertemuan antara dua pasang mata di Kota Beijing membuatkan hati Zia UlHaq panasaran. Jika bukan kerana gadis itu, nyawanya pasti melayang di tangan sang pembelot. Baginya, gadis itu sedikit berbeza. Ada sesuatu yang menariknya untuk terus mendekati si gadis
Sinopsis Novel Zia Ulhaq
Pertemuan antara dua pasang mata di Kota Beijing membuatkan hati Zia UlHaq panasaran. Jika bukan kerana gadis itu, nyawanya pasti melayang di tangan sang pembelot. Baginya, gadis itu sedikit berbeza. Ada sesuatu yang menariknya untuk terus mendekati si gadis sehingga sanggup dia meninggalkan segalanya di China dan menetap di Malaysia. Hanya semata-mata kerana Zara Sophea.
“Kalau aku cakap aku orang jahat?” - Zia.
“Then, cubalah berubah jadi baik. Sebab manusia yang baik hari ini, belum tentu dia tak ada masa silam, dan belum tentu orang yang berdosa hari ini tak ada masa depan.” - Zara
Dihimpit dengan kejadian pada masa silam, membuatkan Zara Sophea bertekad untuk mencari sang pelaku. Namun, pada ketika dia sudah hampir berputus asa mencari, tanpa diduga takdir sendiri telah membawa si pembunuh itu dekat dengannya.
Zara mula berbelah bahagi. Entah kenapa dia tidak boleh membenci lelaki itu.
“Dan Zia UlHaq, nama awak dah lama meniti dalam hati ini. Bukan niat saya nak sakitkan hati awak dengan menuduh awak sebagai seorang pembunuh…. Saya cuma nak awak sakit hati seperti mana saya rasa. But actually it hurts me too….”-Zara Sophea
Kerana cinta Zia UlHaq sanggup melepaskan semuanya….
Kerana cinta, Zara sanggup melupakan dendamnya….
Namun, dapatkah cinta mereka melawan segala ancaman yang datang? Dan… benarkah Zara benar-benar memaafkan si pembunuh yang telah meragut seluruh hidupnya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Zia Ulhaq
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.