Al-Hidayah
Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW
Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW ialah buku karya Mahmud Al-Misri yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan hadis serta penerangannya untuk membantu pembaca memahami sunnah Rasulullah SAW.
Sinopsis Buku Wanita-Wanita Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW
Apabila kita singkap semula peradaban dunia yang sebelum Islam seperti Yunani, Romawi, Yahudi dan Arab Jahiliah, wanita dianggap sebagai makhluk yang tidak perlu wujud di dunia. Bahkan di zaman moden ini pun wanita kadangkala dianggap sebagai bahan yang boleh dieksploitasi untuk keseronokan dan peragaan ketika wanita tersebut masih muda dan menarik. Namun masih ada yang menganggap inilah simbol kebebasan dan kemodenan. Tetapi hakikatnya ini hanyalah merendah-rendahkan lagi martabat wanita.
Musuh-musuh Islam amat risau sekiranya apabila wanita muslimah begitu berpegang teguh kepada syariat Islam. Kebimbangan ini disebabkan, dari wanita muslimah inilah akan melahirkan generasi Islam yang mantap. Pelbagai helah dan rencana yang dirancang oleh musuh Islam untuk merosakkan wanita muslimah, demi untuk melemahkan generasi Islam yang akan terbina kelak.
Buku ini menghimpunkan beberapa tokoh wanita-wanita hebat yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W. Mereka merupakan contoh teladan yang terbaik untuk menjadi idola dan inspirasi kepada kaum Hawa dalam zaman yang penuh cabaran ini. Semoga dengan perkongsian ini mampu menjentik satu semangat murni ke dalam jiwa kita untuk menegakkan dan meninggikan lagi keagungan Islam.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Menambah kefahaman terhadap hadis Nabi.
- Memahami sunnah dalam kehidupan seharian.
- Menjadi bahan rujukan agama.
- Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Maklumat Buku
- Penulis: Mahmud Al-Misri
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682119
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Guru agama.
- Pendakwah.
- Pembaca umum.