• 8271
1

Penulisan2u

Wanita Khas Untuk Qarin Oleh Aimy Haniya

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Wanita Khas Untuk Qarin Oleh Aimy Haniya

Wanita Khas Untuk Qarin karya Aimy Haniya membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Sofea. Macam tak sedia nak kongsi apa-apa dengan aku tentang soal pengalaman dia dalam bercinta. At least aku tahu macam mana nak mengurat kau.” “Buat apa... Baik awak mengurat saya ikut cara awak. Jadi diri sendiri lebih baik.” Aku mencebik bibir. Bukan jadi orang

Sinopsis Novel Wanita Khas Untuk Qarin

“Selalu lelaki mengurat kau macam mana?”

“Buat apa nak tahu?” Sofea mengangkat kening sebelah. Macam tak sedia nak kongsi apa-apa dengan aku tentang soal pengalaman dia dalam bercinta.

“Nak tahu juga la... Senang. At least aku tahu macam mana nak mengurat kau.”

“Buat apa... Baik awak mengurat saya ikut cara awak. Tak perlu nak jadi orang lain. Jadi diri sendiri lebih baik.”

Aku mencebik bibir.

“Baru kejap tadi kau gelakkan aku. Itu aku jadi diri sendiri la. Bukan jadi orang lain.”

“Saya gelak tak bermaksud saya tak suka...”

Bulat mata aku memandang Sofea. Rasa macam bersinar-sinar mata aku ni.

“Kira kau sukalah?” Spontan aku menyoal.

“Boleh-bolehlah...” jawab Sofea dengan lenggok tangannya.

“Hmmm... Jawapan kau tak melegakan hati aku pun. Sama aje.”

“Habis, awak nak dengar jawapan yang macam mana?” komen Sofea dengan bibir yang sudah tersenyum simpul.

Aku bukan nak memaksa Sofea berikan jawapan yang boleh buatkan hati aku lega. Tapi kalau jawapan acuh tak acuh macam tadi, tentulah aku rasa tak puas hati. Suka cakap suka. Tak suka cakap tak suka. Ringkas. Senang aku nak fikir taktik lain kalau Sofea tak berkenan sangat dengan cara mengurat aku tu.

“Jawapan yang ikhlas la. Apa pula jawapan...”

“Kalau awak nak tanya sama ada saya suka awak... Ya. Saya suka awak, Qarin. Saya tak ada masalah nak berada dalam hubungan yang serius dengan awak. Tapi perasaan saya berada pada tahap saya masih boleh teruskan hidup kalau saya tak bersama awak,” pintas Sofea.

Hampir ternganga mulut aku dengar penjelasan serius lagi matang daripada perempuan tu. Mula-mula aku macam nak melompat riang juga bila dengar Sofea cakap dia sukakan aku. Kejap lagi keluar penerangan jawapan lain pula...

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Wanita Khas Untuk Qarin

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Aimy Haniya

  • Lelaki Khas Untuk Hanis
  • Kombo Disember 2016
  • Satu Peluru Cinta
  • My Sewel Guy