• 7800
1

Al-Hidayah

Wahai Kaum Wanita Delete Dosa Update Hati

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Wahai Kaum Wanita Delete Dosa Update Hati

Wahai Kaum Wanita Delete Dosa Update Hati ialah buku karya Syeikh Nada Abu Ahmad yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Wahai Kaum Wanita Delete Dosa Update Hati

Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibu bapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah ibunya.

Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah SWT. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka yang kita sayangi dan cinta dilimpahi keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi.

Lebih-lebih di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang jitu dan mantap amat-amat penting ditagih. Supaya kita tidak hanyut dibawa arus kemodenan dan lemas dalam lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita. Semoga dengan keteguhan iman dan jiwa serta ilmu yang mantap itu dapat kita manfaatkan kemodenan dan kecanggihan teknologi tersebut untuk kita meraih lebih banyak pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syeikh Nada Abu Ahmad
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673683062
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.