• 9557
1

Fajar Pakeer

Violence De L'amour Oleh Nurail Irmela

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Violence De L'amour Oleh Nurail Irmela

Violence De L'amour karya Nurail Irmela membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Bentala. Rupa-rupanya ular yang membelit dari dalam! Bentala mimpi menjadi gerbang pertama. Di saat kata-kata berguguran di alam lena, jiwa dan fikiran bertempur hebat. Demi menyingkap rahsia yang enggan terucap. Suatu peristiwa di atas kapal pelayaran menjerut Vincy

Sinopsis Novel Violence De L'amour

Kebenaran terhunus seperti pedang.  Rupa-rupanya ular yang membelit dari dalam!

Bentala mimpi menjadi gerbang pertama. Di saat kata-kata berguguran di alam lena, jiwa dan fikiran bertempur hebat. Demi menyingkap rahsia yang enggan terucap.

Suatu peristiwa di atas kapal pelayaran menjerut Vincy Ilham dalam dunia yang tidak pernah dia jejaki. Hidup yang dahulu tenang langsung berubah pikuk!

“Ada satu jalan yang kau boleh ambil untuk lepaskan diri daripada hukuman mati tersebut. Kahwini aku.” -  Euku’ Permata Iris

Demi membalas dendam yang membara, Vincy rela menyarung watak suami kepada puteri pujaan semua.

Istana yang disangkakan suci rupa-rupanya berselindung di balik topeng tipu daya sang raja. Tumpahnya darah demi darah bukan lagi tanda keberanian  tetapi harga sebuah kebebasan yang telah lama dirampas.

“Pada persepsi aku, kau orang gunakan aku demi kepentingan sendiri! Semata-mata nak letak orang bodoh macam aku ni dalam perangkap kau. Dasar syaitan dunia.” – Vincy Ilham

Dalam kepedihan yang membungkus jiwa, muncul satu tanda tanya yang membawa cahaya pada kebenaran, bukan hanya buat Vincy, tetapi juga roh yang telah pergi.

Benarkah… Permata itu darah sah Raja Landrya? Atau sekadar bayang dalam silsilah yang dikaburkan dusta?

Siapakah yang akan berdiri sebagai pemenang di medan takdir?

Pengkhianat sebenar bukan datang dari luar pagar tetapi dari dalam darah sendiri!

"Mengapa perlu biasakan dunia dengan perkara terkutuk itu di saat kita sendiri tahu kita boleh mengubahnya?”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Violence De L'amour

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nurail Irmela

  • Fleur Sophia : The Beautiful Beginning