• 4808
1

Karyaseni

Tidak Pernah Sesal Oleh Umie Nadzimah

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tidak Pernah Sesal Oleh Umie Nadzimah

Tidak Pernah Sesal karya Umie Nadzimah mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Lia Hana. Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diriuntuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Mengenali Lia Hana, baru dia

Sinopsis Novel Tidak Pernah Sesal

Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diriuntuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem.

“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan.

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.

“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes’. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…”

Adakah rancangan mereka untuk nikah jauh itu berjaya? Sedangkan kedua-duanya adalah anak yang baik dan sangat taat kepada orang tua masing-masing. Dalam masa yang sama, Sharifah Zalia muncul kembali untuk menagih kasih.

Bagaimanakah kesudahannya ‘cinta banyak laut Syed Azeem terhadap Lia Hana?’

Ikuti kisah mereka dalam TIDAK PERNAH SESAL...

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tidak Pernah Sesal

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Umie Nadzimah

  • Cinta Paling Agung
  • Jangan Ganggu Jodohku!
  • Pilihan Mama
  • Bila Terlajak Sayang
  • Rindu Yang Terlarang