Kaki Novel
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari Oleh Suri Ryana
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Malissa. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat
Sinopsis Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?
Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Ti Amo, Sweetheart 100 Hari
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Suri Ryana
- Marry Me Senorita
- Playboy Itu Suami Aku
- Isteri Separuh Masa
- Panahan Cinta Mr. Agoraphobia
- Klik! Pengantin Musim Salju