Fajar Pakeer
The Enemy Oleh Shaze Alma
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
The Enemy Oleh Shaze Alma
The Enemy karya Shaze Alma membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Aryan. Mereka adalah spesies monster di sebalik perwatakan yang suci. Segala-galanya nampak sempurna sehinggalah satu per satu tersalah langkah dan kesumat dimulai… Semenjak kematian tragis ayahnya, Aryan mula mencari siapa dalang pembunuhan tersebut. Suspek utama
Sinopsis Novel The Enemy
Mereka adalah spesies monster di sebalik perwatakan yang suci. Segala-galanya nampak sempurna sehinggalah satu per satu tersalah langkah dan kesumat dimulai…
Semenjak kematian tragis ayahnya, Aryan mula mencari siapa dalang pembunuhan tersebut. Suspek utama dalam pengkhianatan besar-besaran itu adalah keluarga Tan Sri Aizuddin lebih-lebih lagi puteri tunggal politikus itu, Tiara Ayrissa.
Ya… Tiaralah watak utama di dalam pembunuhan brutal ayah Aryan. Perkara yang berlaku yang sebelumnya dianggap kebetulan, rupa-rupanya plot yang terancang.
Namun, untuk membalas dendam bukanlah mudah. Aryan harus menjadi seliciknya. Menyelinap, bijak bermain dengan undang-undang hingga keluarga bangsat itu tak terbalas serangan demi serangan yang dia gencarkan. Cuba mengambil tindakan undang-undang pun keluarga itu tidak berani, lantaran bersihnya rentak permainannya.
Dan seperti yang dijangkakan, mereka tidak mengalah. Mereka membalas serangan. Tiara Ayrissa mengeluarkan semua jenteranya, tetapi Aryan lebih licik mencipta perisainya.
“Congratulations, enemy.” – ARYAN ESQANDAR
“Saya minta satu aje. Tolonglah berterus-terang dengan saya. Apa yang awak nak daripada saya sebenarnya ya?” - TIARA AYRISSA
Pertarungan sengit berlangsung. Saling menjatuhkan, saling merebut penguasaan permainan. Hinggalah akhirnya dendam itu memakan diri.
“Ada orang cuba bunuh kita?” – TIARA AYRISSA
Berjayakah terlunas segala dendam Aryan?
Siapakah pemilik happy ending untuk kisah ini? Aryan ataupun Tiara? Atau… milik pihak ketiga yang dalam diam telah lama memerhati mereka?
A sad ending for you is a happy ending for me.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel The Enemy
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
- Thriller
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.
Novel Berkaitan Shaze Alma
- Shakespeare Jadian