Al-Hidayah
Terjemahan Hikam Jawi
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terjemahan Hikam Jawi
Terjemahan Hikam Jawi ialah buku karya Imam Tajuddin Bin ‘Athoillah As-Sakandari yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membimbing pembaca dalam aspek penyucian jiwa, akhlak dan pembangunan rohani.
Sinopsis Buku Terjemahan Hikam Jawi
Al-Hikam merupakan sebuah karya ulama terkenal iaitu Syeikh Ibnu ‘Athoillah rahimahullah. Kitab ini membicarakan berkenaan Ilmu Tasawuf yang menerangkan hikmah-hikmah bagi menyucikan diri dan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menerapkan kebergantungan hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata.
Terjemahan Al-Hikam Jawi merupakan transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan terhadap struktur ayat dan gaya bahasa bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian. Kitab asal ialah dalam tulisan jawi berjudul Hikam Jawi merupakan syarah bagi kitab Al-Hikam Ibnu ‘Athoillah yang disyarahkan oleh ulama tersohor Tanah Melayu iaitu Tokku Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.
Semoga dengan kehadiran buku ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu mencedok dan menggali permata-permata yang bernilai daripada kalam hikmah dua ulama besar ini, sekaligus mendatangkan manfaat yang besar dalam melahirkan masyarakat yang penuh hikmah dan berserah diri semata-mata kepada Allah Rabbul Jalil.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Meningkatkan penghayatan rohani.
- Membantu memperbaiki akhlak.
- Mendorong muhasabah diri.
- Membantu pembangunan diri yang lebih baik.
Maklumat Buku
- Penulis: Imam Tajuddin Bin ‘Athoillah As-Sakandari
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673683123
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Penuntut ilmu.
- Pembaca yang mencari ketenangan jiwa.
- Guru.
- Pembaca umum.