• 4440
1

Karyaseni

Tercipta Untukku Oleh Marissa

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tercipta Untukku Oleh Marissa

Tercipta Untukku karya Marissa menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Alif. Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan. Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Pelik

Sinopsis Novel Tercipta Untukku

Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan.

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”

“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”

“Lupa…”

“Ngeee, muda-muda dah lupa.”

“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”

“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”

Habis!

Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya.

Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.

Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka?

Dan sesungguhnya, benarkah mereka benar-benar sudah tercipta untuk antara satu sama lain?

Jangan lupa mengikuti kisah cinta antara Adil dan Thia.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tercipta Untukku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Marissa

  • Lamaran Di Taman Nakajima
  • Melirih Kasih
  • Kerana Dia Suka
  • Saya Kan Ada
  • Teduhan Kasih