• 6572
1

Idea Kreatif

Suara Hati Dia Oleh Kay Omena

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Suara Hati Dia Oleh Kay Omena

Suara Hati Dia karya Kay Omena membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Papa. Cuma...” Ayat Syahiran terhenti di situ. Tengok dia macam tu, rasa tak sabar pulak nak tahu jawapan apa yang akan dia berikan di hadapan Raisya. Kalau ikutkan, memang dia tak berapa sebulu dengan Shahril sebab mimpi dia dulu tu. Tapi takkanlah dia nak cakap

Sinopsis Novel Suara Hati Dia

“Papa bukan tak suka Abang Shahril tu. Papa suka dia. Cuma...” Ayat Syahiran terhenti di situ. Mata dia bawa memandang aku. Liurnya ditelan. Tengok dia macam tu, rasa tak sabar pulak nak tahu jawapan apa yang akan dia berikan di hadapan Raisya. Kalau ikutkan, memang dia tak berapa sebulu dengan Shahril sebab mimpi dia dulu tu. Tapi takkanlah dia nak cakap alasan yang sama depan Raisya?

“Cuma papa tak sukalah dia tu rapat-rapat dengan mama. Lepas tu buat-buat cool...” Aku membeliakkan biji mata memandang Syahiran. Aku pula yang dikaitkan? Raisya yang sudah berhenti menangis, menoleh kepalanya sekejap pada aku, sekejap pada Syahiran pula. Pasti dia tak faham apa yang Syahiran katakan tadi. Umi pula hanya tersengih-sengih dari tadi. Awal-awal dia dah angkat tangan tanda tak nak masuk campur.

“Papa tak sukalah tengok ada orang mengurat mama,” tambah Syahiran lagi. Raisya mencebikkan bibirnya.

“Mana ada Abang Aril mengurat mama!” marah Raisya. Suaranya tinggi seraya menjeling Syahiran. Aku dan Syahiran sama-sama terkedu sebelum aku tergelak.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Suara Hati Dia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Kay Omena

  • Sayangku Hana
  • Terlajak Jatuh Cinta
  • Tawanan Hati Encik Cinta
  • Suami Untuk Aku
  • Sayangku Saarah