Fajar Pakeer
Suami Simpanan Superstar
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Suami Simpanan Superstar Oleh Crystal Anabella
Suami Simpanan Superstar karya Crystal Anabella membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Akan. Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam
Sinopsis Novel Suami Simpanan Superstar
Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.
Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.
Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.
“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”
Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Suami Simpanan Superstar
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Crystal Anabella
- Kekasih Encik Dingin
- Bakal Isteriku, Gengsternya!
- Bila Kuli Jadi Artis
- Mr. Sexy's Sugar
- My Stupid Bae