Fajar Pakeer
Sir : Her Saviour Oleh Qhayra Qhayriesa
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sir : Her Saviour Oleh Qhayra Qhayriesa
Sir : Her Saviour karya Qhayra Qhayriesa membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Yash. Tiada apa yang lebih berharga, selain daripada kebahagiaan. Tiada apa yang lebih memeritkan selain kesedihan. Namun, dia sudah bertahan sejauh ini. Untuk hari ni, mungkin dia masih bernyawa… namun sampai bilakah dia bernafas lega tanpa pusaran ancaman? Di
Sinopsis Novel Sir : Her Saviour
Tiada apa yang lebih berharga, selain daripada kebahagiaan. Tiada apa yang lebih memeritkan selain kesedihan. Namun, dia sudah bertahan sejauh ini. Untuk hari ni, mungkin dia masih bernyawa… namun sampai bilakah dia bernafas lega tanpa pusaran ancaman?
Di pandangan nyata, dia adalah adik yang kuat, gadis yang tabah. Sebaliknya, jika dilihat dari mata hati, dia sebenarnya dipaksa menjadi dewasa sebelum waktunya. Dunianya cuma ada abangnya Arman dan lelaki itu…
Ya, lelaki itu…
“Kau jangan memandai-mandai nak panggil aku dengan gelaran tu ya. Mahu aku tampar juga mulut kau tu nanti!” - ANN
“Aku memang tak pernah lafazkan cinta aku pada kau. Tapi apa yang aku lakukan selama ini adalah hanya untuk kau semata-mata, angel. Aku bukan jenis lelaki yang pandai nak berjiwang segala. – RAYYASH
Usikan yang menyakitkan hati. Gurauan yang mencetuskan pertengkaran di penghujungnya. Cinta? Maaf… Istilah itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka.
Belum lagi dengan kewujudan Elisya, siput sedut yang sentiasa inginkan perhatian Rayyash. Ada saja perangai gadis tu menyakitkan mata walha menambahkan bara.
“Di mata dia, kau tu tak ubah macam perempuan kelas bawahan aje tau. Perempuan macam kau sebelah mata pun Yash tak pandanglah dekat kau tu!” – ELISYA
Seiring dengan waktu, semuanya berlalu. Ann diterpa dengan dengan teka-teki. Satu kejadian berlaku, menyebabkan Arman maut dan telah membuka kisah silam yang selama ini tidak diketahui oleh Ann sendiri. Terlambat menyedari, kematian di depan mata. Kejutan demi kejutan membawa kepada bayangan kepada pencarian
Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka di masa lalu?
Paling utama… benarkah Ann yang menjadi kebencian dan ketegangan kepada semua yang berlaku?
Tak semua kebencian perlukan sebab. Kadang-kadang kita tak perlu buat salah pun untuk dapat kebencian daripada orang lain.
“Apa pun yang berlaku, aku akan jaga kau sampai ke akhir hayat aku. Aku takkan benarkan sesiapa pun mengganggu kau melainkan takdir adalah sebaliknya!”
Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan pengkhianatan, dia belajar bahawa kekuatan sebenar bukanlah berapa kali kita jatuh, tetapi kemampuan kita untuk bangkit semula.
“Promises are not measured by the eloquence of words, but by the steadfastness of actions.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Sir : Her Saviour
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Qhayra Qhayriesa
- Pasangan Kopi Susu
- Legasi Ketua Gengster
- Isteriku Hati Batu
- Suamiku Ketua Gengster REVAMP